Uthman bin Abduh bin Husayn bin Taha Al-Kurdi (atau
Uthman Taha, عثمان طه) ialah seorang
jurukhat al-Quran dari Syria yang terkenal kerana menyalin Mushaf Al-Madinah yang dipesan oleh
Pusat Percetakan al-Quran al-Malik Fahd.
[1]Beliau dilahirkan pada tahun 1934 di kawasan pedalaman
Aleppo,
Syria. Setelah mendapat Sarjana Muda Sastera dalam
Syariah dari pada Universiti Damsyik, beliau juga mengkaji
bahasa Arab,
seni hiasan Islam dan melukis. Beliau mendapat ijazah dalam seni khat daripada Hamid Al-Amidi, mahaguru seni khat Islam dunia. Beliau diajar khat oleh Muhammad Ali Al-Mawlawi, Ibrahim Al-Rifa’i (Aleppo), Muhammad Badawi Al-Diyrani (Damsyik) dan Hashim Al-Baghdadi.Beliau menyalin
al-Quran pertamanya pada tahun 1970. Pada tahun 1988 beliau pergi ke
Arab Saudi dan diambil bekerja sebagai seorang penulis dan jurukhat di Pusat Percetakan al-Quran al-Malik Fahd di
Madinah. Pada tahun yang sama beliau menjadi seorang ahli dalam panel juri antarabangsa bagi Anugerah Seni Khat yang diadakan di
Istanbul sekali setiap tiga tahun.Dalam 18 tahunnya bekerja di Pusat Percetakan al-Quran al-Malik Fahd, Uthman telah menulis empat naskhah al-Quran. Lebih daripada 200 juta salinan diedarkan di serata dunia. Dalam tiga puluh tahun beliau telah menulis 10 naskhah. Satu naskhah biasanya mengambil masa lebih daripada 3 tahun untuk menulis dan satu lagi tahun untuk menyemak.Tulisannya yang cantik, kemas dan mudah dibaca dalam Mushaf Madinah juga digunakan dalam salinan komersial yang dikenali sebagai Mushaf al-Tajweed.